Tentang XR6 Labs HQ & Piawaian Tadbir Urus
Piawaian Operasi, Keselamatan Maklumat & Komitmen Penilaian Penyelidikan
- Pematuhan SOP & Spesifikasi Teknikal: Semua aktiviti penyelidikan, pembangunan kejuruteraan, dan kurasi data di XR6 Labs HQ dilaksanakan berpandukan Prosedur Operasi Piawai (SOP) dalaman dan spesifikasi teknikal yang telus.
- Keselamatan Maklumat & Tadbir Urus Data Perubatan (HIPAA & SOC 2 Type II): Bagi kerja-kerja penyelidikan yang melibatkan data sensitif dan domain bioperubatan, XR6 Labs HQ mengguna pakai infrastruktur awan dan komunikasi rasmi yang diaudit serta diperakui mematuhi piawaian antarabangsa ISO/IEC 27001:2022, AICPA SOC 2 Type II, serta kawalan keselamatan HIPAA (melalui perjanjian pemprosesan data bersama penyedia infrastruktur berdaftar), selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) Malaysia.
- Komitmen Inisiatif DORA: XR6 Labs HQ menyokong penuh prinsip San Francisco Declaration on Research Assessment (DORA) dalam menilai hasil penyelidikan berdasarkan kualiti saintifik, keterbukaan ilmu (open science), dan impak sebenar kepada masyarakat.
- Pengijazahan Ilmu & Pensijilan Profesional (XR6 BSA – SASSI): Setiap peserta yang menyempurnakan modul di bawah XR6 Brilliant School & Academy layak menerima Sijil Tamat Kursus & Pensijilan Profesional yang dianugerahkan secara rasmi oleh Dr. Mohd Rahmat Nasyaa Bin Zulkifli (XR6 Labs HQ) sebagai tanda pengijazahan ilmu dan pengiktirafan kompetensi profesional (dibezakan daripada ijazah akademik universiti seperti Sarjana Muda atau Sarjana).
Signatory of DORA
Declaration on Research Assessment
Cloud & Security Alignment
ISO/IEC 27001:2022 • SOC 2 Type II • HIPAA • PDPA MY